Apple memperkenalkan Iphone 5C dan Iphone 5S!!!!

 Assalamualaikum..

Hah korang yang gila gadget ni mesti tertunggu2 produk keluaran terbaru dari APPLE kan??

Ni aku ada news nak share kat korang. Tapi sebelum tu sesiapa yang pakai IPHONE 5 tu sila letak phone anda berjauhan dengan anda. takut nanti terhukum buang pulak. ngahahaa ;p

Apple Memperkenalkan iPhone 5C dengan Lima Pilihan Warna

Hamek kau!! sebelum ni tengok Iphone asik kaler hitam putih je kan. Aku pun boring gak tengok. Sekarang sekali 5 color apple keluarkan. Terkebil2 jugak la mata nak pilih kan. Okay jum kita tengok apa impak yang apple nak buat kali ni.......

Di dalam keynote kali ini, seperti yang dijangkakan Apple turut memperkenalkan iPhone 5C yang merupakan sebuah telefon pintar bajet untuk menarik minat lebih ramai pengguna sederhana menggunakan iPhone. iPhone 5C didatangkan dengan warna putih, biru, hijau, merah dan juga kuning. Apple juga memperkenalkan cover belakang untuk iPhone 5C bagi memberikan imej yang lebih pelbagai.
Ianya didatangkan dengan Kamera Facetime dengan piksel yang lebih besar untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik di dalam keadaan kurang cahaya. Ianya juga mempunyai audio yang hebat serta grafik yang cantik setanding konsol. Bateri juga turut dititik-beratkan dengan fungsi “Power Efficient” yang mampu menjimatkan bateri pada tempoh masa yang luar biasa.

Walaupun ianya sebuah peranti bajet daripada Apple, ianya dilengkapi dengan LTE, didatangkan dalam dua saiz iaitu 16GB serta 32GB dan dijual pada harga $99 dan $199 (bersama kontrak).
Johny Ive mengatakan kualiti iPhone 5C adalah sangat baik dan memberi perasaan yang premium kerana ianya menggunakan hard-coated Polycarbonate dan di dalamnya menggunakan ‘Reinforced Steel Frame’ yang menjadikan strukturnya lebih kuat dan tidak boleh melengkung.

Spesifikasinya sama dengan iPhone 5, menggunakan cip A6, kamera 8 megapiksel dan skrin retina 4 inci. iPhone 5C ini berharga $549 untuk model 16GB tanpa kontrak, bermakna ianya mungkin berharga RM 1799 di Malaysia apabila mula dijual nanti.

Okay tu baru Iphone 5C. Jum kita tengok Iphone 5S pulak... :D

iPhone 5S di perkenal kan dengan Pengesan Cap Jari

Hah, ni pulak iphone 5s ade 3color. Gold, silver & space grey. 

Apple hari ini memperkenalkan iPhone 5s dengan cip terbaru A7 64-bit, kamera 8 megapiksel serba baru dengan teknologi ‘True Tone flash’ dan pengesan cap jari ‘Touch ID’ yang inovatif untuk unlock iPhone anda dengan hanya meletakkan jari.
iPhone 5s menggunakan iOS 7 yang menyokong 64-bit dengan ratusan fungsi baru, antaranya Control Center, Notification Center, Multitasking serba baru, AirDrop, fungsi Photos yang baru, Safari yang lebih baik, penambahbaikan kepada Siri, iTunes Radio dan banyak lagi.

Cip A7 yang baru ini buat pertama kalinya dalam sejarah smartphone, menyokong 64-bit yang setaraf dengan desktop. Dengan GPU dan CPU dua kali lebih berkuasa berbanding cip sebelum ini, apa sahaja yang anda lakukan lebih pantas dan grafik lebih cantik, dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri yang sedikit.
iPhone 5s dikatakan cukup berkuasa dengan menggunakan OpenGL 3.0 yang terbaru bersama-sama dengan cip A7 64-bit, menghasilkan prestasi cukup hebat dimana sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh Mac dan konsol permainan sahaja.

iPhone 5s mempunyai satu cip baru yang dinamakan M7, mengutip data-data daripada sensor accelerometer, gyroscope dan compass untuk meringankan beban cip A7 serta menjimatkan bateri. Para pembangun juga boleh mengakses ‘A.P.I.’ cip ini untuk mencipta aplikasi-aplikasi kesihatan dan ‘fitness’.

 Kamera iPhone 5s masih mengekalkan 8 megapiksel tetapi ditambah dengan beberapa perkara baru. Aperture kini lebih besar iaitu f/2.2 dan sensor lebih baik, 1.5Ī¼ piksel untuk gambar kurang cahaya lebih baik. Penambahbaikan ini, bersama-sama dengan cip ‘image signal’ ciptaan Apple di dalam A7 membuatkan auto fokusnya dua kali lebih pantas, menangkap gambar dengan lebih cepat serta ‘automatic stabilization’ untuk gambar dan video.

Selain itu, iPhone 5s kini menggunakan dua LED flash yang berbeza, diberi nama True Tone. Menurut Apple, teknologi ini adalah yang pertama di dunia. Flash pada bahagian belakang tersebut akan mengubah kombinasi warnanya mengikut suasana dan menghasilkan gambar yang lebih natural. iPhone 5s juga mempunyai beberapa fungsi kamera seperti Burst Mode dan rakaman slow-motion HD 720p dengan 120fps.

Fingerprint Scanner.


Apple memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari yang diberi nama Touch ID, dibina di dalam ‘home button’ dan menggunakan material terbaik iaitu kaca sapphire untuk mengenalpasti cap jari anda. Menetapkan cap jari anda sangat mudah dan ia boleh dikesan daripada mana-mana arah sehingga 360 darjah.
Pengimbas tersebut hanya aktif apabila jari diletakkan di atasnya untuk menjimatkan bateri. Maklumat jari anda hanya disimpan dengan selamat di dalam cip A7 dan Apple tidak mengambil data tersebut. Buat masa ini, Touch ID digunakan untuk unlock iPhone anda dan transaksi di iTunes/App Store.


iPhone 5s mempunyai 3 pilihan warna iaitu gold, space grey dan silver. Ianya akan mula dijual di US, Singapore dan beberapa negara lain pada 20 September ini dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Harga tanpa kontrak adalah $649, sekitar RM 2199.
Setakat ini, masih belum ada sebarang maklumat bilakah ianya akan mula dijual di Malaysia.

 Lepas tengok ni apa korang rasa???
Kalau aku orang yang minat ambil gambar aku memang akan beli weyh Iphone 5s ni. takpayah dah kehulu kehilir nak bawak DSLR. Aperture DSLR gua pun paling tinggi f/4.5 kot dia dah siap f/2.2. tak payah dah susah2 nak beli lens. ahaa ;p

p/s: kepada sesiapa yang guna iphone 5 sebelum ni tu jangan segan2 lelong phone anda di mudah.my
 ngahaaaa okay gurau.

 Itu terpulang la kat individu yang mana suka dan ikot kemampuan memasing ye. "Ukur Baju dibadan sendiri"

*kalau rasa2 kerja duk tipu orang sana sini lepas tu megah nak pakai gadget mahal kereta mahal tapi hutang tak bayar2 baik tak payah . :D

SEKIAN.

Sumber dari : OH!GEEKZ

Lepas ni mungkin akan keluarkan custom cover fon untuk Iphone 5s pulak. Jom singgah sini....
SIXTY SEVEN PRODUCTION 

Anda boleh letak gambar anda sendiri sebagai cover fon!! ;)


No comments:

Post a Comment