Teknik2 Photography (Basic)

~Assalamualaikum~

Firstly, disebab an sy rasa sgt boring idop ini diketika musim coti sem sy cube mgisi masa lapang ngn teknik2 photography..yg juge merupakan hobi baru saya..hehe..

bg sy photography ni satu2 hobi yg menarik..
kalau da pandai boleh buat duit uh..
photography gak 1keje yg boleh wat kita leka.. (tapi ade style lah!)
den ni ha.. punye syok blaja sorg2 smpi lupe yg sy tak mkn lg.. (knp skema sgt ayt aku rini?) =.="

dah2 lupe an sgala celoteh yg tak pnting..
skg neh sy nak share sket kt korg2 teknik2 photography yg aku blaja sndrik neh..
tp melalui buku yg org tuleh la..:P

ni la buku photography nye..:)

sspe yg rasa boring2 tu and ade kamera DSLR jom la kita blaja sama2.. (^_^)V

1. Fahami Apa itu ‘shutter speed’
Rahsia pertama untuk merakamkan gambar yang menarik adalah memahami apa itu "shutter speed". Shutter Speed adalah berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej.

Jika dalam keadaan cahaya yang kurang,lagi lama masa yang diperlukan oleh kamera untuk menggumpul cahaya bagi mendapatkan gambar yang baik.

Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan, gunakan kelajuan (speed) yang berbeza. Sebagai satu contoh, jika kita menggunakan 1/30 sesaat, ia akan merakamkan gambar biasa bagi subjek yang bergerak. Jika menggunakan 1/500, subjek bergerak akan terhenti serta merta. Untuk merakamkam gambar aksi sukan, gunakan kelajuan yang tinggi melainkan anda ingin merakamkan imej dengan pergerakan.

Shutter speed 1/20
Shutter Speed 1/500

2. Fahami apa itu 'aperture'

Aperture adalah berapa luas iris lensa kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya yang masuk.


Aperture yang besar diwakili dengan nombor yang kecil seperti f/4. Aperture yang kecil pula diwakili dengan nombor yang besar seperti f/16. Aperture yang besar hanya fokus pada satu bahagian sahaja. Berbeza dengan aperture kecil seperti f/16 akan fokus pada semua. Jarak di dalam fokus dipanggil 'depth of field’.

Aperture F22
Aperture F 5.6

3. Apa pula ISO?
Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA. ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah.
Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan. Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju. ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.
Contoh penggunaan ISO 100
Contoh penggunaan ISO 6400

Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200. Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar). Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan.

4. Lihat subjek pada bahagian matanya.
Jika merakam gambar potret, cuba letakkan kamera anda satu aras dengan mata subjek (eye level). Ini akan menghasilkan gambar yang lebih beremosi dan mendapatkan watak sebenar seperti senyuman dan reaksi wajah subjek. Untuk gambar kanak-kanak, anda harus berada sama paras dengan subjek (eye level). Pastikan subjek melihat pada kamera anda. Ini akan mendapatkan interaksi dari subjek dan anda.Interaksi dengan mata subjek memberi kesan pada gambar anda. Lihat contoh perbezaan gambar subjek yang melihat kamera dan tidak melihat pada kamera.

5. Latar belakang yang bersih (tidak serabut)


Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek anda. Lihat pada perbezaan
gambar.

Latar belakang yang bersih akan menonjolkan lagi subjek yang anda rakam. Cuba belajar melihat latar belakang subjek dengan menggunakan 'view finder' camera anda. Jika anda merakam sesuatu subjek, pastikan tiada objek lain yang menggangu subjek utama anda.

6. Alih posisi subjek anda
Jika terlalu banyak gangguan pada latar belakang subjek anda, cuba alihkan posisi subjek. Contohnya dalam merakam gambar potret, arahkan subjek untuk bergerak setapak ke hadapan atau ke belakang atau ke kiri dan ke kanan.

Sensitif dengan persekitaran semasa membuat ‘framing’

7. Sudut (angle) anda merakam gambar.
Satu lagi tip jika terdapat gangguan dalam ‘frame’ gambar anda, cuba ubah sudut anda merakam gambar. Cari sudut yang baru, bergerak dari tempat asal anda. Sama ada berpusing di keliling subjek atau anda juga boleh turun ke sudut bawah; contoh dengan menjadikan awan sebagai latar belakang anda.


Dua gambar dari sudut yang berbeza.

8. Gunakan flash untuk gambar 'outdoor'
Cahaya matahari yang terik biasanya akan menghasilkan bayang yang kuat pada wajah subjek. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan flash kamera anda. Anda boleh mengawal berapa kuat cahaya yang anda ingin dengan kamera anda.

Anda dapat lihat perbezaan setelah subjek diisi dengan sedikit cahaya.

Kadangkala cahaya matahari itu sendiri sudah membuatkan subjek kelihatan menarik dan jelas, tidak perlulah lagi anda menggunakan flash.

9. Rapatkan jarak anda dengan subjek
Jika subjek anda terlalu kecil atau jauh, anda sebaiknya pergi lebih rapat dengan subjek itu. Merakam gambar secara dekat dengan subjek akan mendapatkan lagi gambar yang 'detail' atau lebih jelas. Tetapi ingat jangan pula terlalu rapat dengan subjek kerana ia akan membuatkan gambar anda menjadi kabur. Jarakkan kamera anda dengan subjek lebih kurang tiga meter.
Subjek yang jelas.

10. Cuba elak dari meletakkan subjek anda di tengah frame
Ini adalah sesuatu yang biasa jika kita merakam gambar. Kebiasaannya kita akan meletakkan subjek ditengah-tengah. Apa kata anda cuba sesuatu yang baru.
Subjek yang berada di tengah
Komposisi subjek di tepi ‘frame’
Bayangkan 'viewfinder' anda mempunyai garisan grid seperti permainan Tic-Tac-Teo. Cuba bermain dengan meletakkan subjek anda pada satu pertemuan garisan tersebut. Ini juga dikenali sebagai ‘Rules of third’. Pasti anda akan dapat lihat perbezaannya.

Rules of Third; subjek diletak pada tanda merah

smpi sni jela kite blaja dlu eh..
ade byk lg sbnrnye..
nanti sy update ag..
sy ni pon budak baru blaja..
so tak salah kita share n blaja sama2 kn..heee
PENGUMUMAN: utk makluman gmbr kwn2 sy tu tade la lam buku tuh.. sy gune an gmbr dorg sbg contoh ja~ yela kan.. alang2 ade gmbr mmbr sndri yg ssuai ngn sesi pmbelajaran bek gune an ngn sbaik mungkin ye dak??
kpd kesayangan2 sy..
abeh la..
pasni kamu sume jd model sy..
tak pyh susah2 nak amik model len..
save bajet..haha:P

sesi kedua akn sy tuleh nnt.. saba na..
blaja sket2..
nanti byk2 jd kompius..
SELAMAT MENCUBE YE~ :)
~wassalam~

8 comments:

  1. dak tecik. ala. malu saya tau. hahahahahaha. :P

    sangat menarik! :)

    ReplyDelete
  2. min: thanks.. ada lg sbnrnye.. manyakkkkk! nnt sy update ag yea..:)

    dak tecik: ha.. ambek!! nak sgt jd model saya.. ni sy da promote.. sat g law ade mana2 photographer nak amik kamu2 jd model ckp kamu dah di TEMPAH jd model saya spnuh masa aw!! :P

    ReplyDelete
  3. laina: thx kamu.. jom la blaja sama2.. if de pape yg kamu dah blaja lg up sket, share2 la ngn budak baru blaja neh..heeee~:)

    ReplyDelete
  4. sejak bila sy mnjadi model dlm blog kamu??bak meh bayaran..haha

    ReplyDelete
  5. tq tq
    byk sgt ilmu dpt dlm entry ni
    My Recent Post: Mac Makeover - Epis.2

    ReplyDelete
  6. bubu: bayaran mntk kt produser.. i photographer je ok..:P

    nasuha salleh: ur welcome.. ni sket je.. nnt sy smbung lg k.. sharing is caring..:D

    ReplyDelete